Guidelines on The Use of Islamic Medical Experts as An Explanation of Expert Opinions for Magic Crime Cases

Garis Panduan Pemakaian Pakar Pengubatan Islam sebagai Suatu Keterangan Pendapat Pakar bagi Kes Jenayah Sihir

  • Muna bin Hamzan Pusat Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu, Malaysia
Keywords: Islamic Medical Specialist, Magic Criminal Cases, Pakar Pengubatan Islam, Kes Jenayah Sihir, Sihir

Abstract

This study aims to guide the Shariah judiciary, especially the Prosecution Department and the judges, in determining Islamic medical experts as an expert opinion to be adopted in the trial for cases of magic crimes in Shariah courts. These Guidelines will also be the basis of reference and guidance to the state Islamic religious department (JAIN) and government agencies such as the Malaysian Islamic Development Department (JAKIM) related to certified Islamic medical experts. This study will discuss the conditions Ruqyah Syar'iyyah in Islamic medicine, the pillars Ruqyah Syar'iyyah in Islamic medicine, ethics of Islamic medicine practitioners, the conditions of Islamic medical practitioners in brief. In addition, this study also highlights the principles of Islamic treatment and etiquette of Islamic treatment practices. The methodology used in this study is a library study that is a list of documents such as books and articles. It is hoped that these guidelines can also provide understanding and explanation to Muslims in this country on thae conditions and ethics of Islamic medicine. In addition, it aims to identify true practitioners of Islamic medicine and coincide with the standards of Islamic requirements in the hope that the Muslim community will seek and receives treatment services from real practitioners of Islamic medicine. This step must be played collectively by all authoritative parties to introduce the true practice of Islamic medicine and comply with the principles of faith and Islamic law.

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk memberi panduan kepada badan kehakiman Syariah khususnya pihak Jabatan Pendakwaan dan pihak hakim dalam menentukan pakar pengubatan Islam sebagai suatu keterangan pendapat pakar untuk diterimapakai dalam perbicaraan bagi kes jenayah sihir di mahkamah Syariah. Garis Panduan ini juga akan menjadi asas rujukan dan panduan kepada jabatan agama Islam negeri (JAIN) dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan dengan pakar pengubatan Islam yang bertauliah. Objektif kajian ini akan membincangkan syarat-syarat Ruqyah Syar’iyyah dalam pengubatan Islam, rukun-rukun Ruqyah Syar’iyyah dalam perubatan Islam, etika pengamal pengubatan Islam, syarat pengamal pengubatan Islam secara ringkas. Selain itu, kajian ini juga mengetengahkan prinsip-prinsip perawatan Islam dan etika amalan perawatan Islam. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu analisis dokumen seperti buku-buku dan artikel-artikel. Adalah diharapkan garis panduan ini juga dapat memberi kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam di negara ini mengenai syarat dan etika pengubatan Islam. Selain itu, ianya bertujuan untuk mengenalpasti pengamal pengubatan Islam yang sebenar dan bertepatan dengan piawaian kehendak Syarak dengan harapan supaya masyarakat Islam mencari serta menerima khidmat rawatan daripada pengamal pengubatan Islam yang sebenar. Langkah ini mesti dimainkan secara kolektif daripada semua pihak yang berautoriti untuk memperkenalkan amalan pengubatan Islam yang sebenar dan menepati prinsip akidah serta syariat Islam.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-09-29
How to Cite
bin Hamzan, Muna. 2019. “Guidelines on The Use of Islamic Medical Experts As An Explanation of Expert Opinions for Magic Crime Cases”. Islam Universalia 2 (2), 409 -35. https://ejournal.cyberdakwah.com/index.php/Islam-Universalia/article/view/172.